Datuk Ipan_Syah

Pengamal media, MYSverse

YB Senator Datuk Putera Ipan Syah bin Putera Ameerul (Datuk Ipan_Syah) merupakan Pengurus Kanan National Wire Service dan Ahli Dewan Negara MYSverse bagi Malaya Selatan.

Terkenal sebagai wartawan, pengulas dan pemberita bagi syarikat media rasmi MYSverse, National Wire Service.

Kehidupan Awal

Datuk Ipan_Syah mula menceburi bidang kewartawanan sejak tahun 2023 dengan bekerja sebagai pembantu pengulas berita sukan di syarikat The Network.

Beliau kemudiannya berpindah dari syarikat berita The Network kepada National Wire Service kerana penggabungan dua syarikat itu berikutan pembubaran The Network SDN. BHD.

Kerjaya dan Pelantikan

Datuk Ipan_Syah memiliki pelbagai jenis pelantikan di pelbagai sektor di MYSverse seperti berikut :

Kerjaya Kewartawanan

The Network

  • 2023 - Pembantu Pengulas
  • 2023 - Lembaga Pengarah

National Wire Service

  • 2023 - Pengurus Kanan (kali pertama)
  • 2025 - Pemilik Syarikat
  • 2025 - Pengurus Kanan (kali kedua)

Ahli Dewan Negara MYSverse

Pada 22 November 2025, Datuk Ipan_Syah secara rasmi dilantik sebagai Senator/Ahli Dewan Negara MYSverse bagi Malaya Selatan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Persekutuan MYSverse.

Kehidupan Peribadi

Datuk Ipan_Syah memiliki akaun TikTok (@ipans_157) dan mempunyai jumlah ikutan lebih 14 ribu setakat November 2025.

Beliau juga terkenal dengan penjenamaan peribadinya sebagai seorang pencipta kandungan di TikTok.

Anugerah MYSverse

Darjah Kebesaran

  • PP XIIPanglima Setia Diraja (P.S.D.) - Datuk (2025)
  • PP XIIAhli Mangku Negara (A.M.N.) - (2024)
  • PP XIIPingat Pertabalan YDPP Ke-12 (P.P. XII) - (2025)

    Yang Berhormat Senator

    Datuk

    Ipan_Syah

    P.S.D. A.M.N.

    Datuk Ipan_Syah
    WarganegaraMYSverse
    PekerjaanPengurus Kanan National Wire Service, Ahli Dewan Negara MYSverse
    Nama PenuhPutera Ipan Syah bin Putera Ameerul
    Tahun Aktif2023 - kini
    Akaun Dicipta 10 Julai 2018
    Built with v0